Blogger templates

Wednesday, 27 August 2014

Madu

Madu adalah salah satu makanan ajaib dan sunnah nabi. Madu ialah sejenis manisan dihasilkan oleh lebah menggunakan nektar bunga. Kepelbagaian madu terhasil daripada lebah madu (genus Apis) ialah yang paling selalu menjadi rujukan dan jenis madu yang dipungut oleh penternak madu serta kegunaan oleh manusia. Madu yang dihasilkan oleh lebah dan serangga lain mempunyai sifat berlainan.
Lebah madu menukarkan nektar kepada madu melalui prosesregurgitasi, dan menyimpan ia sebagai sumber makanan utama dalam lilin sel kom dalam haif mereka. Amalan ternakan lebah menggalakkan penghasilan lebihan madu di haif agar lebihan madu tersebut boleh dituai dari koloni.
Madu mendapat rasa manis daripada fruktosa monosakaridadan glukosa. Ia mempunyai rasa manis hampir sama dengangula kasar. Ia mempunyai sifat kimia yang menarik sesuai untuk pembuatan roti, dan satu rasa tersendiri yang membuatkan sesetengah orang menyukainya berbanding gula dan pemanis yang lain.Kebanyakan mikroorganisma tidak hidup dan membesar dalam madu kerana kurangnya aktiviti air iaitu 0.6 dalamnya.Namun, madu kadang-kala terkandung endospora dorman bakteriaClostridium botulinum, iaitu berbahaya kepada bayi, kerana endospora itu boleh menukarkan bakteria penghasil racun dalam perut bayi tersebut, seterusnya menyebabkan sakit dan mungkin membawa kepada kematian.
Penggunaan madu dalam sejarah manusia sudah berlaku sejak dahulu kala lagi. Ia digunakan dalam pelbagai jenis makanan dan minuman sebagai pemanis dan (bahan) perisa. Ia juga tersebut dalam kitab al-Quran, kitab suci agama Islam, dan sebagai simbol kepada sesetengah masyarakat.
Rasa madu berbeza berdasarkan sumber nektar yang dipungut. Pelbagai jenis dan gred madu berada di pasaran. Madu juga digunakan dalam berbagai jenis perubatan tradisional bagi merawat penyakit. Kajian debunga dan spora dalam madu mentah (melissopalinologi) dapat menentukan jenis sumber flora (bunga) madu tersebut dipungut. Oleh kerana lebah membawa cas elektrostatik, dan boleh menarik zarah-zarah, teknik melissopalinologi yang sama boleh digunakan untuk bidang kajian alam sekitar mengenai zarah radioaktif, debu atau pencemaran partikel bebas.

0 comments:

Post a Comment